Monday, September 14, 2009

Lama musang tak menulis. Bz sikit, banyak majlis berbuka puasa dan majlis sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik. Dari ceruk rantau dari Alor Setar hingga ke Kulim semua masyarakat prihatin terhadap golongan ini. Alhamdullillah ramai orang-orang berkemampuan tampil. Ada yang pangggil media ada yang sembunyi-sembunyi..yang pentingnya niat mesti ikhlas.

Musang berkesempatan hadir di dua majlis yang agak berbeza tahun ni..satu majlis bersama pesakit thalaseamia di Holiday Villa dan lawatan pemimpin ke Hospital Sultanah Bahiyah (saban tahun diadakan) tapi musang rasa timbul keinsafan kerana diberi kesihatan yang sempurna (anak-anak pun)..Di Kedah ni rupanya ramai pesakit thalasemia yang masih terlalu muda dan mereka terpaksa hidup dengan bantuan darah dan ubat-ubatan sejak dari kecil..kesian (itu saja yang mampu diucapkan).

Di Hospital musang temui malah interview mereka (pesakit) yang mungkin sakit yang dicari sendiri atau mungkin kecuaian sendiri...ngeri musang tenguk di wad othopedik (kaki tergantung, muka berbalut, terpaksa pakai oksigen, luka sana sini....lalai atau cuai atau malang tidak berbau.

Yang musang timbulkan semua tu bukan apa cuma musang nak ingat mengingati Lebaran yang mulia tinggal 5 hari saja lagi...ramai yang berlumba-lumba nak balik kampung..anak perantau macam musang ni tak sabar nak tenguk kampung halaman jumpa saudara mara..makan masakan yang digemari...musang nak balik make nasi dage dgn ikan aya...sedap...kepada rakan-rakan sedara seIslam yang nak balik kampung berhati-hatilah memandu....baca doa naik kenderaan dulu, Bismillah 21 kali dan selawat ke atas Nabi...pandu dengan tenang dan rihat bila letih..muga-muga selamat sampai ke destinasi...Musang ucapkan selamat hari raya Idil Fitri kepada semua umat Islam...maaf zahir batin...