Friday, December 4, 2009

Musang nak ucap selamat kembali kepada semua jemaah haji yang selamat pulang dari Tanah Suci Mekah..Insyaallah tentu dapat haji mabrur...Teman Tapi Mesra musang 25 Disember ni baru kembali...tentu banyak perubahan ke arah kebaikan..begitulah hendaknya kepada rakan-rakan yang pernah menjadi tetamu Allah.

Musang pun bermimpi nak pergi ke sana...Insyaallah satu hari yang tidak berapa lama musang akan menjadi tetamu Allah.

Tapi musang masih banyak yang perlu dipelajari..mengenai rukun Haji..walaupun kosnya mungkin mencukupi namun ilmu masih banyak yang kekurangan.

Seiring dengan itu, tahun baru yang akan menjelang ini...musang mahu ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010..azam tahun lepas pun belum tercapai sepenuhnya....apa pun tahun baru datang dan pergi azam demi azam disematkan...biarlah semuanya memberi manfaat untuk diri, keluarga, agama dan negara.


SELAMAT TAHUN BARU 2010....

Monday, September 14, 2009

Lama musang tak menulis. Bz sikit, banyak majlis berbuka puasa dan majlis sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik. Dari ceruk rantau dari Alor Setar hingga ke Kulim semua masyarakat prihatin terhadap golongan ini. Alhamdullillah ramai orang-orang berkemampuan tampil. Ada yang pangggil media ada yang sembunyi-sembunyi..yang pentingnya niat mesti ikhlas.

Musang berkesempatan hadir di dua majlis yang agak berbeza tahun ni..satu majlis bersama pesakit thalaseamia di Holiday Villa dan lawatan pemimpin ke Hospital Sultanah Bahiyah (saban tahun diadakan) tapi musang rasa timbul keinsafan kerana diberi kesihatan yang sempurna (anak-anak pun)..Di Kedah ni rupanya ramai pesakit thalasemia yang masih terlalu muda dan mereka terpaksa hidup dengan bantuan darah dan ubat-ubatan sejak dari kecil..kesian (itu saja yang mampu diucapkan).

Di Hospital musang temui malah interview mereka (pesakit) yang mungkin sakit yang dicari sendiri atau mungkin kecuaian sendiri...ngeri musang tenguk di wad othopedik (kaki tergantung, muka berbalut, terpaksa pakai oksigen, luka sana sini....lalai atau cuai atau malang tidak berbau.

Yang musang timbulkan semua tu bukan apa cuma musang nak ingat mengingati Lebaran yang mulia tinggal 5 hari saja lagi...ramai yang berlumba-lumba nak balik kampung..anak perantau macam musang ni tak sabar nak tenguk kampung halaman jumpa saudara mara..makan masakan yang digemari...musang nak balik make nasi dage dgn ikan aya...sedap...kepada rakan-rakan sedara seIslam yang nak balik kampung berhati-hatilah memandu....baca doa naik kenderaan dulu, Bismillah 21 kali dan selawat ke atas Nabi...pandu dengan tenang dan rihat bila letih..muga-muga selamat sampai ke destinasi...Musang ucapkan selamat hari raya Idil Fitri kepada semua umat Islam...maaf zahir batin...

Saturday, August 8, 2009

Hampir selesai....persidangan Bahagian-bahagian Umno di Kedah...hanya tinggal 4 bahagian sahaja iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Langkawi dan Kuala Kedah yang akan bersidang Sabtu ini (15 Ogos).

Banyak juga bahagian yang musang cover...rata-rata perwakilan bersemangat hadir berbaju melayu bersampin, macam pengantin...songket harga ribu-ribu (kawan intim musang), yang wanita pulak merah menyala...cantik.....puteri lagi la...pink berlabuci...Tapi pakaian luaran bukan ukuran. Rakyat memerhati gelagat dan laku tingkah orang Umno...jika cantik dalam dan luar rakyat mudah menerima...rakyat kembali menyokong...Kedah akan gah dengan bendera Umno dan BN...bangga musang..itulah wasiat dan pusaka anak cucu musang...perjuangan yang belum selesai hanya untuk warisan generasi akan datang...

Kembalikanlah kepercayaan rakyat..kembali bersatu jangan ada dusta antara kita ahli Umno semua peringkat..musang sedih bila satu ketika Umno jadi sejarah...musang tak sanggup bayangkan..pernah musang duduk di belakang ketika persidangan berlangsung...veteran Umno bercerita...mengeluh...inikah Umno kini..inikah budaya yang hendak di bawa ke PRU 13...puji memuji..tidak sampai setengah jam mengutuk daripada belakang..konon tidak sebulu..

Jangan jadi Pakatan Rakyat..di Selangor arak boleh dijualbeli merata tempat...PAS konon perjuangkan Islam..sunnah dan hukum hakam...hukum hudud (la dah diam sikit) tapi bila PKR bawa isu arak...hanya meloncat lepas tu diam...di mana pendirian PAS, di mana pendirian mereka....alahai di mana sinarnya bulan purnama..adalah berselindung di balik roket...???..kesiannya..

Kerana arak memabukkan semua orang depa dah mabuk??

Wednesday, July 29, 2009

Ha..ha..ha musang dah kata....memang 100 peratus betul apa yang musang fikir dan jangkakan.....Tok Guru Nik Aziz akan pusing cerita 90 darjah.....kenyataan mula-mula mengenai perpaduan orang Melayu dan Islam.."mungkin" lahir daripada hati nurani yang luhur....tetapi bila ada beberapa pandangan pelbagai pihak kenyataan berniat baik demi perpaduan dah jadi lain....macam orang Umno benar-benar "pelahap" nak berbaik-baik sangat dengan PAS...macam BN dan Umno dah nazak sangat nak bersabahat dan bersekongkol dengan parti itu...macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong....nasib la pipi musang ni "chubby" juga...hidung pun nampak juga la...kalau tidak tentu orang PAS pun kutuk musang...sebab musang pun selalu berurusan dengan orang PAS di Wisma dan mana-mana function depa.

Lainkali jangan mudah melatah la..wahai orang Umno...hati-hati dengan mulut manis pihak lawan..tapi orang Umno pun kadang-kadang (70 peratus) lebih teruk daripada depa tu...janji pun lebih manis...sikap mengalahkan macam penyamun...asal ada peluang rebut...tak ada lesen boleh diadakan dalam masa 10 minit..nakkan projek....masuk Umno setahun jagung..dapat projek berjuta....jutawan segera. Otai dulu tak macam tu....perjuangan depa jujur....iklas...
Perturun yang elok-elok la untuk anak-anak muda kita...wahai pemimpin-pemimpin Umno, biar benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau....sayang jika ajaran sesat yang diperturunkan takut hancur parti keramat ini.....

Saturday, July 25, 2009

Musang berjanggut nak berterima kasih pada rakan-rakan bloggers yang komen dan melihat gambar musang tu...musang sebenarnya wanita...tak ada janggut....

24 Julai lalu, musang kesian kat kawan intim musang yang dah bersusah payah arrangge satu program kay pokok sena tapi sayangnya orang lain dapat nama...itulah rakan-rakan sikitul...tak apalah biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya....itulah seperti batu putih kata watak-watak nazak dalam umno yang perlu diberi "CPR" .....nak tumpang sekaki walaupun tak ada apa jawatan...kesian....kalau ada niat baik untuk sama-sama bekerja satu pasukan pulihkan umno sebagai persediaan PRU 13 tak apa..tapi sama-sama gila nama, jawatan dan projek....tak kira baju pink, merah, putih atau biru.....kata batu putih di depan berabang adik, berkanda dinda di belakang..kutuk rapat...kenapa perlu bersikap munafik di bawah satu organisani.....tolonglah sama-sama berdoa pulihkan jiwa-jiwa pemimpin "kecil" Umno ni.


Musang sebenarnya nak menulis pasal tok guru Negeri musang.....mursyidul am Pas...Tok Guru Nik Aziz....musang lagi taf faham dengan pendirian tok guru tu...dia bercakap sama bahasa dengan musang....tapi musang lagi tak faham..bukan kerana musang dah lama jadi rakyat negeri jelapang padi...tapi bahasa ibunda musang tak kan musang lupa sampai mati...tapi isu ni lain sikit...tok guru katanya sedia menghulurkan salam berbaik-baik dan sedia melupakan sengketa dengan kerajaan pusat dan umno..demi menjaga perpaduan dan kepentingan umat Islam...bagus hasrat tu....tapi kadang-kadang musang musykil...hari ni beliau hulur salam...esuk takut ditarik balik pulak....boleh berubah-ubah....bulan lepas bukan main marahkan Umno bila diajak ke arah perpaduan..hari ini nadanya lain...adakah kerana ada hasrat yang tersirat...ada agenda dengan kerajaan pusat.....macam ibu dan anak...anak membodek bila nak dapatkan sesuatu....bahasanya manis sekali...P. Ramlee kata lembut gigi dari lidah.....tapi hati-hati......

Tapi bagi musang jika hasrat itu lahir daripada hati naluri yang luhur dan ikhlas demi rakyat, bangsa dan negara...apa salahnya...tentu pemimpin-pemimpin besar Umno dan BN mengalu-alukan.....kecil tapak tangan nyiru ditadahkan...apapun biar jujur dan iklas......

Wednesday, July 22, 2009

Saturday, July 18, 2009

musang berjagggut lama tak menulis..bz dengan tugas dan kursus...kursus pemantapan bahasa Melayu...rupanya banyak yang musang tak berapa pasti dari segi ejaan, tanda dan pemilihan perkataan...sebab dah lama tinggal kelas...mata dan telinga pulak banyak disogok dengan ayat-ayat generasi la ni..yang musang sendiri heran daripada mana depa dapat perkataan-perkataan baru ala-ala "rock" dan "hip hop" gitu.

Tapi itu bukan persoalan....persoalannya kini musang nak menulis pasal musim la ni musim persidangan umno bahagian 4 sayap sehingga Ogos depan.

Musang dah hadir 3 persidangan wanita dan puteri....sama-sama menyanyi...."bersatu kita bersatu bersetia berganding bahu...jiwa teguh berpadu kita anak melayu...." cantik lirik dan melodinya..dah berzaman musang menyanyi zaman ma musang lagi....tapi adakah semua ahli dan pemimpin-pemimpin besar Umno faham dan hayati lagu itu....sekadar nyanyi kot....tapi penghayatan tiada...kosong....pemimpin besar dan kecik masih bawa lagu lama...lagu nakkan nama, kedudukan dan cantas mencantas....ada kawan intim ...kesian penat-penat dah berminggu-minggu atur satu majlis untuk orang nombor 2 turun...memang elok susunan program dan acara lawatan....pihak-pihak terbabit pun dah confirm dan bagi kerjasama penuh..top-top macam nak nangis kawan intim musang tu...orang dah cantas program dia....berebut nakkan nama..agaknya tak bagi kawan musang menonjol. Tapi hati kecil musang kata...ada orang lain di belakang "orang itu" yang memainkan peranan....ada hasat dengki, isihati, cemburu dan tak senang orang senang dan dikenali.....itulah sisa dan daki-daki umno yang tinggal...macam si Kitul zaman kesultanan melayu melaka..gelagatnya boleh menjahanamkan kerajaan yang teguh dan utuh pada masa itu...agaknya itulah tinggalan sejarah yang wajar dipelajari...budaya cah keting masih berleluasa...kekalahan teruk PRU 12 sedikit pun tidak dijadikan iktibar dan ilmu untuk bermuhasabah....musang sayangkan Umno, anak musang pun mau masuk Pumuda dan puteri Umno...tapi musang jadi takut...kot-kot depa pun terpengaruh dengan budaya dan sindrom projek, komisyen dan nak cepat naik.....musang berjanggut perlu perturunkan budaya sopan, rendah diri dan menghargai pemimpin yang berjiwa rakyat seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin...musang suka cara beliau.......

Saturday, July 11, 2009

Rasa nak tergelak besar musang berjanggut dengan situasi politik Kedah la ni..minggu lepas riuh rendah isu babi melanda negeri jelapang padi ni..nasib la selsema babi belum lagi melanda...(belum ke ?). Timbul pula DAP nak keluar drp Pakatan Rakyat..konon gaduh ringan-ringan dengan PAS...musang berjanggut pun kalut la juga pi tanya orang tu orang ni...interview mana-mana yang patut....samada wakil rakyat tunggal DAP Lee Guan Aik atau ustaz Azizan awal-awal lagi dah pakat nak cuit-cuit sayang biar rakyat Kedah terloncat sikit...tak tau lah..depa ni kan pandai sandiwara...kalau dulu-dulu zaman musang berjanggut kecil-kecil dulu ada la "sandiwara radio" setiap minggu...kalau program tu ada lagi boleh la depa tu jadi penulis skrip tetap...pandai depa berlakun...konon-konon tak sebulu...tapi di belakang lebih mesra..itu lah agenda Pakatan rakyat...di belakangnya sapa.....DSAI ????....Musang tak mau tertipu lagi dengan depa ni...kita dok canang depa gaduh...tak sebulu...tidur sebantal mimpi lain-lain...hakikatnya cium mulut beb !! Oleh itu...moral of the story..jangan mudah tertipu dengan kata-kata depa......depa banyak agenda yang belum selesai.....

Thursday, July 9, 2009

musang berjanggut rasa terkilan dengan keputusan memansuhkan PPSMI mulai 2012. Memang betul tindakan tersebut adalah strategi untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Tetapi yang musang berjanggut terkilan sebab musang berjanggut ni orang Melayu belajar pun kat sekolah melayu...orang kampung...sebagai orang kampung musang taklah pandai sangat berbahasa Inggeris ni...takat orang cakap tu faham la sikit-sikit. Musang berjanggut rasa rugi bila anak melayu agak ketinggalan dalam menguasai bahasa kedua ni...dulu-dulu zaman tok nenek musang berjanggut depa caiq berbahasa Inggeris sebab semua bahasa menggantar bahasa Inggeris...sampai la musang kagum dengan orang dulu-dulu. Macam mana tu anak Melayu nak bersaing dengan orang lain....sektor pekerjaan la ni pun semuanya nak Bahasa Inggeris..pi la kat kilang mana...sektor mana pun kerajaan ka swasta ka...semua nakkan bahasa kedua tu....Jadi bila la orang kita nak mahir...Nasib juga anak-anak musang berjanggut boleh mengguasai B.I ni, kalau tidak musang lagi terkilan...macam ibu mengandung tak dapat makan buah nangka....

Monday, July 6, 2009

blogger temu

4 jun lepas 9 malam ada pertemuan blogger utara di holiday villa dipengerusikan bersama abg Ramli Mohd Yunus Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah...orang kuat di Kedah..rupanya ramai blogger khususnya di Kedah ni sayangnya tak ramai wanita. Musang berjanggut agak terkilan jugak situasi seumpama itu. Agaknya depa bz kot..menarik pertemuan tu..selama hanya kena di alam maya kali ini boleh berkomunikasi secara bersemuka dan mesra..tapi agak kesal juga sebab ada pihak ambil kesempatan banyak bersembang pasal politik. dan khabarnya ada yang akan dipergunakan oleh orang-orang politik..come on la jujur pada diri dan bangsa la...jangan dicop jadi kuda tunggangan politik...musang berjanggut ada interview untuk siaran berita beberapa blogger dah on air pun...depa tu banyak idea....harap akan ada lagi pertemuan seumpama itu tapi biarlah rakan blogger wanita hadir lebih ramai....