Friday, January 29, 2010

Sebulan sekali up dated blog okey juga la sebab bz dengan assignment. Di Kedah ni makin banyak program Pak-pak Menteri. Setiap minggu VIP turun..Faham-fahamlah sendiri bila ramai yang turun tu adalah perkembangannya samada politik, ekonomi maupun akademik.

Yang pasti...pilihanraya akan ada....sebagai persediaan...PRU Umum atau kecil, semuanya perlu bersedia..biar yang hijau putih tu gerun sikit tenguk gelombang biru..

Tetapi...

Musang rasa amat terkilan dan tak sedap hati mendengar perkembangan politik dan ekonomi Klate..

Karenah Pak Nik makin musang sukar nak faham, musang ni anak Klate tapi cari makan di Kedah. Anak-anak musang ICnya 03..Kelantan tu...maknanya jika nak beli tanah di negeri cik siti wan kembang tu boleh sangatlah.

Awat Pak Nik tak mau ambil duit royalti minyak tu...20 juta tu banyak...mungkin permulaannya 20 juta lepas tu mungkin ada lagi Pusat bagi secara berperingkat2.

Musang takut bila kita tamak...orang tamak akan rugi..kalau ambil banyak kilang dan gedung perniagaan boleh dibina. Dapat peluang anak-anak Klate kerja makan gaji, tak payah berhijrah macam musang ni..dah lebih 20 tahun merantau...waktu dulu kerja amatlah susah. Takkan zaman la ni pun tambah susah. Anak Klate ramai yang cerdik pandai, sebut saja IPTA mana...semuanya dimonopoli anak Klate..sedih musang jika yang dah berijazah tu tak ada kerja..kesian kat depa tok guru noo...

Di Kedah ni lain pula ceritanya..musang suka bercerita pengalaman sendiri.

Masa kerja banyak cerita...minggu lepas musang ke istana, ada upacara penganugerahan bintang dan majlis perlantikan Jemaah Pemangku Sultan..Ustaz Azizan nampak musang, dia tegur la musang...dia tanya "awat musang buat macam tu...saya orang baik...jangan buat saya jadi tak baik..musang terkejut. Rupa2nya ustaz atau mungkin orang ustaz tngk berita isu air dikorporatkan..musang cakap dikorporatkan kepada SADA mulai 1 Jan..bukannya dinaikkan tarif air...orang lain buat tu...bukan musang..ustaz macam nak marah musang...musang takut jugak, sat lagi dia nyahkan musang dari Kedah ni.

Pertengahan bulan ni, musang dah komen mengenai sampah, longkang, air...kat ustaz, tapi ustaz kata nak antaq orang cuci...sesetengah kawasan terutama di pedalaman masih tadah tong di tepi jalan...tunggu air lori...jangan la macam tu...kita kan nak rakyat Kedah sejahtera...dah la duduk dalam nyamuk, longkang busuk, nak mandi pun susah...macam mana tu?

Friday, January 8, 2010

Selamat tahun Baru kepada semua blogger,

Seminggu dah berada di tahun baru 2010.

Di Kedah 2010 memang sinonim dengan mantan MB, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain..apa khabar beliau agaknya.

Lepas tu muncul pula Kedah Gemilang, zaman Tok Det..

Kedah La ni pulak...Kedah Sejahtera....Sejahtera ka?????....abstrak kan!. Bukan apa sebab kalau dah selalu tak dak ayak...longkang pun selalu tersumbat, nyamuk banyak...musang pun selalu kena gigit..hingga demam-demam....

Tu tak apa la mungkin Tilong (MBAS) sedang ambik tindakan. Tapi yang musang risau ni, tarif air dikorporatkan...musang bukan apa kesian orang-orang kampung nun di kawasan luar bandar...macam di Sik,Pendang, Bukit Kayu Hityam, Baling dan Padang terap selalu tak dak ayak tapi tiap-tiap bulan sampai bil....kena bayar..bayar bil angin....

Awal tahun baru juga musang nak tergerak besar...sebab banyak isu besar..banyak juga kerja musang awal tahun ni kena follow up macam2...isu kalimah Allah, enjin jet pun boleh hilang (agaknya toyol curi ya), isu MP tak hadir sidang parlimen...

Tapi la ni musang tengah sibuk kumpul fakta...kot-kot DUN Kota Siputeh ada pilihanraya kecil, itu pun pasal tak hadir sidang DUN.

Musang mohon maaf...jika tahun lepas banyak dosa.....

Friday, December 4, 2009

Musang nak ucap selamat kembali kepada semua jemaah haji yang selamat pulang dari Tanah Suci Mekah..Insyaallah tentu dapat haji mabrur...Teman Tapi Mesra musang 25 Disember ni baru kembali...tentu banyak perubahan ke arah kebaikan..begitulah hendaknya kepada rakan-rakan yang pernah menjadi tetamu Allah.

Musang pun bermimpi nak pergi ke sana...Insyaallah satu hari yang tidak berapa lama musang akan menjadi tetamu Allah.

Tapi musang masih banyak yang perlu dipelajari..mengenai rukun Haji..walaupun kosnya mungkin mencukupi namun ilmu masih banyak yang kekurangan.

Seiring dengan itu, tahun baru yang akan menjelang ini...musang mahu ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010..azam tahun lepas pun belum tercapai sepenuhnya....apa pun tahun baru datang dan pergi azam demi azam disematkan...biarlah semuanya memberi manfaat untuk diri, keluarga, agama dan negara.


SELAMAT TAHUN BARU 2010....

Monday, September 14, 2009

Lama musang tak menulis. Bz sikit, banyak majlis berbuka puasa dan majlis sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik. Dari ceruk rantau dari Alor Setar hingga ke Kulim semua masyarakat prihatin terhadap golongan ini. Alhamdullillah ramai orang-orang berkemampuan tampil. Ada yang pangggil media ada yang sembunyi-sembunyi..yang pentingnya niat mesti ikhlas.

Musang berkesempatan hadir di dua majlis yang agak berbeza tahun ni..satu majlis bersama pesakit thalaseamia di Holiday Villa dan lawatan pemimpin ke Hospital Sultanah Bahiyah (saban tahun diadakan) tapi musang rasa timbul keinsafan kerana diberi kesihatan yang sempurna (anak-anak pun)..Di Kedah ni rupanya ramai pesakit thalasemia yang masih terlalu muda dan mereka terpaksa hidup dengan bantuan darah dan ubat-ubatan sejak dari kecil..kesian (itu saja yang mampu diucapkan).

Di Hospital musang temui malah interview mereka (pesakit) yang mungkin sakit yang dicari sendiri atau mungkin kecuaian sendiri...ngeri musang tenguk di wad othopedik (kaki tergantung, muka berbalut, terpaksa pakai oksigen, luka sana sini....lalai atau cuai atau malang tidak berbau.

Yang musang timbulkan semua tu bukan apa cuma musang nak ingat mengingati Lebaran yang mulia tinggal 5 hari saja lagi...ramai yang berlumba-lumba nak balik kampung..anak perantau macam musang ni tak sabar nak tenguk kampung halaman jumpa saudara mara..makan masakan yang digemari...musang nak balik make nasi dage dgn ikan aya...sedap...kepada rakan-rakan sedara seIslam yang nak balik kampung berhati-hatilah memandu....baca doa naik kenderaan dulu, Bismillah 21 kali dan selawat ke atas Nabi...pandu dengan tenang dan rihat bila letih..muga-muga selamat sampai ke destinasi...Musang ucapkan selamat hari raya Idil Fitri kepada semua umat Islam...maaf zahir batin...

Saturday, August 8, 2009

Hampir selesai....persidangan Bahagian-bahagian Umno di Kedah...hanya tinggal 4 bahagian sahaja iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Langkawi dan Kuala Kedah yang akan bersidang Sabtu ini (15 Ogos).

Banyak juga bahagian yang musang cover...rata-rata perwakilan bersemangat hadir berbaju melayu bersampin, macam pengantin...songket harga ribu-ribu (kawan intim musang), yang wanita pulak merah menyala...cantik.....puteri lagi la...pink berlabuci...Tapi pakaian luaran bukan ukuran. Rakyat memerhati gelagat dan laku tingkah orang Umno...jika cantik dalam dan luar rakyat mudah menerima...rakyat kembali menyokong...Kedah akan gah dengan bendera Umno dan BN...bangga musang..itulah wasiat dan pusaka anak cucu musang...perjuangan yang belum selesai hanya untuk warisan generasi akan datang...

Kembalikanlah kepercayaan rakyat..kembali bersatu jangan ada dusta antara kita ahli Umno semua peringkat..musang sedih bila satu ketika Umno jadi sejarah...musang tak sanggup bayangkan..pernah musang duduk di belakang ketika persidangan berlangsung...veteran Umno bercerita...mengeluh...inikah Umno kini..inikah budaya yang hendak di bawa ke PRU 13...puji memuji..tidak sampai setengah jam mengutuk daripada belakang..konon tidak sebulu..

Jangan jadi Pakatan Rakyat..di Selangor arak boleh dijualbeli merata tempat...PAS konon perjuangkan Islam..sunnah dan hukum hakam...hukum hudud (la dah diam sikit) tapi bila PKR bawa isu arak...hanya meloncat lepas tu diam...di mana pendirian PAS, di mana pendirian mereka....alahai di mana sinarnya bulan purnama..adalah berselindung di balik roket...???..kesiannya..

Kerana arak memabukkan semua orang depa dah mabuk??

Wednesday, July 29, 2009

Ha..ha..ha musang dah kata....memang 100 peratus betul apa yang musang fikir dan jangkakan.....Tok Guru Nik Aziz akan pusing cerita 90 darjah.....kenyataan mula-mula mengenai perpaduan orang Melayu dan Islam.."mungkin" lahir daripada hati nurani yang luhur....tetapi bila ada beberapa pandangan pelbagai pihak kenyataan berniat baik demi perpaduan dah jadi lain....macam orang Umno benar-benar "pelahap" nak berbaik-baik sangat dengan PAS...macam BN dan Umno dah nazak sangat nak bersabahat dan bersekongkol dengan parti itu...macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong....nasib la pipi musang ni "chubby" juga...hidung pun nampak juga la...kalau tidak tentu orang PAS pun kutuk musang...sebab musang pun selalu berurusan dengan orang PAS di Wisma dan mana-mana function depa.

Lainkali jangan mudah melatah la..wahai orang Umno...hati-hati dengan mulut manis pihak lawan..tapi orang Umno pun kadang-kadang (70 peratus) lebih teruk daripada depa tu...janji pun lebih manis...sikap mengalahkan macam penyamun...asal ada peluang rebut...tak ada lesen boleh diadakan dalam masa 10 minit..nakkan projek....masuk Umno setahun jagung..dapat projek berjuta....jutawan segera. Otai dulu tak macam tu....perjuangan depa jujur....iklas...
Perturun yang elok-elok la untuk anak-anak muda kita...wahai pemimpin-pemimpin Umno, biar benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau....sayang jika ajaran sesat yang diperturunkan takut hancur parti keramat ini.....

Saturday, July 25, 2009

Musang berjanggut nak berterima kasih pada rakan-rakan bloggers yang komen dan melihat gambar musang tu...musang sebenarnya wanita...tak ada janggut....

24 Julai lalu, musang kesian kat kawan intim musang yang dah bersusah payah arrangge satu program kay pokok sena tapi sayangnya orang lain dapat nama...itulah rakan-rakan sikitul...tak apalah biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya....itulah seperti batu putih kata watak-watak nazak dalam umno yang perlu diberi "CPR" .....nak tumpang sekaki walaupun tak ada apa jawatan...kesian....kalau ada niat baik untuk sama-sama bekerja satu pasukan pulihkan umno sebagai persediaan PRU 13 tak apa..tapi sama-sama gila nama, jawatan dan projek....tak kira baju pink, merah, putih atau biru.....kata batu putih di depan berabang adik, berkanda dinda di belakang..kutuk rapat...kenapa perlu bersikap munafik di bawah satu organisani.....tolonglah sama-sama berdoa pulihkan jiwa-jiwa pemimpin "kecil" Umno ni.


Musang sebenarnya nak menulis pasal tok guru Negeri musang.....mursyidul am Pas...Tok Guru Nik Aziz....musang lagi taf faham dengan pendirian tok guru tu...dia bercakap sama bahasa dengan musang....tapi musang lagi tak faham..bukan kerana musang dah lama jadi rakyat negeri jelapang padi...tapi bahasa ibunda musang tak kan musang lupa sampai mati...tapi isu ni lain sikit...tok guru katanya sedia menghulurkan salam berbaik-baik dan sedia melupakan sengketa dengan kerajaan pusat dan umno..demi menjaga perpaduan dan kepentingan umat Islam...bagus hasrat tu....tapi kadang-kadang musang musykil...hari ni beliau hulur salam...esuk takut ditarik balik pulak....boleh berubah-ubah....bulan lepas bukan main marahkan Umno bila diajak ke arah perpaduan..hari ini nadanya lain...adakah kerana ada hasrat yang tersirat...ada agenda dengan kerajaan pusat.....macam ibu dan anak...anak membodek bila nak dapatkan sesuatu....bahasanya manis sekali...P. Ramlee kata lembut gigi dari lidah.....tapi hati-hati......

Tapi bagi musang jika hasrat itu lahir daripada hati naluri yang luhur dan ikhlas demi rakyat, bangsa dan negara...apa salahnya...tentu pemimpin-pemimpin besar Umno dan BN mengalu-alukan.....kecil tapak tangan nyiru ditadahkan...apapun biar jujur dan iklas......