Saturday, July 25, 2009

Musang berjanggut nak berterima kasih pada rakan-rakan bloggers yang komen dan melihat gambar musang tu...musang sebenarnya wanita...tak ada janggut....

24 Julai lalu, musang kesian kat kawan intim musang yang dah bersusah payah arrangge satu program kay pokok sena tapi sayangnya orang lain dapat nama...itulah rakan-rakan sikitul...tak apalah biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya....itulah seperti batu putih kata watak-watak nazak dalam umno yang perlu diberi "CPR" .....nak tumpang sekaki walaupun tak ada apa jawatan...kesian....kalau ada niat baik untuk sama-sama bekerja satu pasukan pulihkan umno sebagai persediaan PRU 13 tak apa..tapi sama-sama gila nama, jawatan dan projek....tak kira baju pink, merah, putih atau biru.....kata batu putih di depan berabang adik, berkanda dinda di belakang..kutuk rapat...kenapa perlu bersikap munafik di bawah satu organisani.....tolonglah sama-sama berdoa pulihkan jiwa-jiwa pemimpin "kecil" Umno ni.


Musang sebenarnya nak menulis pasal tok guru Negeri musang.....mursyidul am Pas...Tok Guru Nik Aziz....musang lagi taf faham dengan pendirian tok guru tu...dia bercakap sama bahasa dengan musang....tapi musang lagi tak faham..bukan kerana musang dah lama jadi rakyat negeri jelapang padi...tapi bahasa ibunda musang tak kan musang lupa sampai mati...tapi isu ni lain sikit...tok guru katanya sedia menghulurkan salam berbaik-baik dan sedia melupakan sengketa dengan kerajaan pusat dan umno..demi menjaga perpaduan dan kepentingan umat Islam...bagus hasrat tu....tapi kadang-kadang musang musykil...hari ni beliau hulur salam...esuk takut ditarik balik pulak....boleh berubah-ubah....bulan lepas bukan main marahkan Umno bila diajak ke arah perpaduan..hari ini nadanya lain...adakah kerana ada hasrat yang tersirat...ada agenda dengan kerajaan pusat.....macam ibu dan anak...anak membodek bila nak dapatkan sesuatu....bahasanya manis sekali...P. Ramlee kata lembut gigi dari lidah.....tapi hati-hati......

Tapi bagi musang jika hasrat itu lahir daripada hati naluri yang luhur dan ikhlas demi rakyat, bangsa dan negara...apa salahnya...tentu pemimpin-pemimpin besar Umno dan BN mengalu-alukan.....kecil tapak tangan nyiru ditadahkan...apapun biar jujur dan iklas......

1 comment:

  1. Sebenarnya Tok Guru dah lama kenal dengan kawan kawan dari BN/UMNO tu kot..dia takut kena korner lagi..dia pun tahu watak watak pelakon filem Tiga Abdul masih ramai disitu..

    Eloklah tu..tak payah padu padulah..yang ada ni pun belum tentu boleh padu..tak perlu berkias kias..kalau dah tak mau..jangan..

    Risau juga tengok Tok Guru kot kot jadi macam kawan sikitol tadi..

    ReplyDelete