Wednesday, July 29, 2009

Ha..ha..ha musang dah kata....memang 100 peratus betul apa yang musang fikir dan jangkakan.....Tok Guru Nik Aziz akan pusing cerita 90 darjah.....kenyataan mula-mula mengenai perpaduan orang Melayu dan Islam.."mungkin" lahir daripada hati nurani yang luhur....tetapi bila ada beberapa pandangan pelbagai pihak kenyataan berniat baik demi perpaduan dah jadi lain....macam orang Umno benar-benar "pelahap" nak berbaik-baik sangat dengan PAS...macam BN dan Umno dah nazak sangat nak bersabahat dan bersekongkol dengan parti itu...macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong....nasib la pipi musang ni "chubby" juga...hidung pun nampak juga la...kalau tidak tentu orang PAS pun kutuk musang...sebab musang pun selalu berurusan dengan orang PAS di Wisma dan mana-mana function depa.

Lainkali jangan mudah melatah la..wahai orang Umno...hati-hati dengan mulut manis pihak lawan..tapi orang Umno pun kadang-kadang (70 peratus) lebih teruk daripada depa tu...janji pun lebih manis...sikap mengalahkan macam penyamun...asal ada peluang rebut...tak ada lesen boleh diadakan dalam masa 10 minit..nakkan projek....masuk Umno setahun jagung..dapat projek berjuta....jutawan segera. Otai dulu tak macam tu....perjuangan depa jujur....iklas...
Perturun yang elok-elok la untuk anak-anak muda kita...wahai pemimpin-pemimpin Umno, biar benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau....sayang jika ajaran sesat yang diperturunkan takut hancur parti keramat ini.....

4 comments:

  1. Jangan harap mereka ini akan berubah, semua itu justifikasi politik songsang mereka.

    I give up!

    ReplyDelete
  2. Abang Ramli,terima kasih kerana selalu bagi buah fikiran dan pandangan untuk musang. Tapi musang sedih juga sebab orang Umno ni la..dah jatuh kalah teruk pun tak mau berubah sampai bila-bila mai lai Perdana Menteri baik macam mana, kerja kuat ka, perkenal macam-macam dasar pun macam tu juga depa...

    Musang selalu masuk blog batu putih.Kalau empunya diri masuk tentu jatuh tersungkuq..nyilu dan pilu..bagai tertusuk sembilu. kenapa tak terus terang je sebut nama depa-depa tu...sapa sikitul, sapa kawan dan pengikutnya....baru syok..kan batu putih selalu telus...setahu musang batu putih naik tidak memijak kawan..jatuh tidak memijak lawan..teruskan menulis...biar depa sedar (kalau nak sedarlah!)...

    ReplyDelete
  3. ermm.. tatabahasa ok, kata kerja pun ok, ayat penghubung diguna dgn baik.. ermmm apa lagi? kosa kata? ok gak.. pendek kata, tahniah la.. pasni bleh wat buku lak.. keh keh..

    ReplyDelete
  4. watch RTM IS PROMOTING ANWAR IBRAHIM in my blog - mummyrokiah.blogspot.com

    ReplyDelete