Saturday, August 8, 2009

Hampir selesai....persidangan Bahagian-bahagian Umno di Kedah...hanya tinggal 4 bahagian sahaja iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Langkawi dan Kuala Kedah yang akan bersidang Sabtu ini (15 Ogos).

Banyak juga bahagian yang musang cover...rata-rata perwakilan bersemangat hadir berbaju melayu bersampin, macam pengantin...songket harga ribu-ribu (kawan intim musang), yang wanita pulak merah menyala...cantik.....puteri lagi la...pink berlabuci...Tapi pakaian luaran bukan ukuran. Rakyat memerhati gelagat dan laku tingkah orang Umno...jika cantik dalam dan luar rakyat mudah menerima...rakyat kembali menyokong...Kedah akan gah dengan bendera Umno dan BN...bangga musang..itulah wasiat dan pusaka anak cucu musang...perjuangan yang belum selesai hanya untuk warisan generasi akan datang...

Kembalikanlah kepercayaan rakyat..kembali bersatu jangan ada dusta antara kita ahli Umno semua peringkat..musang sedih bila satu ketika Umno jadi sejarah...musang tak sanggup bayangkan..pernah musang duduk di belakang ketika persidangan berlangsung...veteran Umno bercerita...mengeluh...inikah Umno kini..inikah budaya yang hendak di bawa ke PRU 13...puji memuji..tidak sampai setengah jam mengutuk daripada belakang..konon tidak sebulu..

Jangan jadi Pakatan Rakyat..di Selangor arak boleh dijualbeli merata tempat...PAS konon perjuangkan Islam..sunnah dan hukum hakam...hukum hudud (la dah diam sikit) tapi bila PKR bawa isu arak...hanya meloncat lepas tu diam...di mana pendirian PAS, di mana pendirian mereka....alahai di mana sinarnya bulan purnama..adalah berselindung di balik roket...???..kesiannya..

Kerana arak memabukkan semua orang depa dah mabuk??

3 comments:

  1. Caya la kak musang...hehehhe...hidup jugak blog kak musang ni ekkk...hehehhe...

    Pasal kak musang dok buat coverage tu...teruskan la..nanti buleh buat analisis sama ada UMNO Kedah ni berubah atau tidak? berubah sikit atau berubah banyak atau tak berubah langsung...hehheh...kan?

    ReplyDelete
  2. politik masakini terutama dikalangan orang Melayu nampak tidak ori, penuh dengan adegan politik yang rekacipta macam cerita Labu Labi.

    adakalanya membosankan! dalam banyak keadaan menjemukan.

    ReplyDelete
  3. DAP mahu undi PAS,PKr talam 2 muka ambil kesempatan..yang ruginya melayulah..

    ReplyDelete