Saturday, July 18, 2009

musang berjagggut lama tak menulis..bz dengan tugas dan kursus...kursus pemantapan bahasa Melayu...rupanya banyak yang musang tak berapa pasti dari segi ejaan, tanda dan pemilihan perkataan...sebab dah lama tinggal kelas...mata dan telinga pulak banyak disogok dengan ayat-ayat generasi la ni..yang musang sendiri heran daripada mana depa dapat perkataan-perkataan baru ala-ala "rock" dan "hip hop" gitu.

Tapi itu bukan persoalan....persoalannya kini musang nak menulis pasal musim la ni musim persidangan umno bahagian 4 sayap sehingga Ogos depan.

Musang dah hadir 3 persidangan wanita dan puteri....sama-sama menyanyi...."bersatu kita bersatu bersetia berganding bahu...jiwa teguh berpadu kita anak melayu...." cantik lirik dan melodinya..dah berzaman musang menyanyi zaman ma musang lagi....tapi adakah semua ahli dan pemimpin-pemimpin besar Umno faham dan hayati lagu itu....sekadar nyanyi kot....tapi penghayatan tiada...kosong....pemimpin besar dan kecik masih bawa lagu lama...lagu nakkan nama, kedudukan dan cantas mencantas....ada kawan intim ...kesian penat-penat dah berminggu-minggu atur satu majlis untuk orang nombor 2 turun...memang elok susunan program dan acara lawatan....pihak-pihak terbabit pun dah confirm dan bagi kerjasama penuh..top-top macam nak nangis kawan intim musang tu...orang dah cantas program dia....berebut nakkan nama..agaknya tak bagi kawan musang menonjol. Tapi hati kecil musang kata...ada orang lain di belakang "orang itu" yang memainkan peranan....ada hasat dengki, isihati, cemburu dan tak senang orang senang dan dikenali.....itulah sisa dan daki-daki umno yang tinggal...macam si Kitul zaman kesultanan melayu melaka..gelagatnya boleh menjahanamkan kerajaan yang teguh dan utuh pada masa itu...agaknya itulah tinggalan sejarah yang wajar dipelajari...budaya cah keting masih berleluasa...kekalahan teruk PRU 12 sedikit pun tidak dijadikan iktibar dan ilmu untuk bermuhasabah....musang sayangkan Umno, anak musang pun mau masuk Pumuda dan puteri Umno...tapi musang jadi takut...kot-kot depa pun terpengaruh dengan budaya dan sindrom projek, komisyen dan nak cepat naik.....musang berjanggut perlu perturunkan budaya sopan, rendah diri dan menghargai pemimpin yang berjiwa rakyat seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin...musang suka cara beliau.......

2 comments:

  1. Sehari selepas balik dari Jakarta, Jakarta meletup.
    Nasib baik lagi dan Mummy tidak menginap di situ kerana tak mampu dan hanya beg packers.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin jenis sikitol ni masih ramai lagi. Cemburu tak tentu pasal kerana mereka amat kurang kemampuan dan hampir tidak ada kelebihan. Menjadi penyokong yang menang dan menyisihkan yang kalah. Kehidupan masalampau yang banyak tanda tanya.

    Cemburu dan takut bayang bayang. Modal hidup mereka HEMOI dan BERLAKON. Takut orang lain diterima pemimpin. Mereka umpama pemandu lori mineral water diMekah yang mendakwa berpuluh tahun diTanah Suci.

    Hasrat dan niat musang berjanggut nak masukkan anak anak kedalam gerombolan mereka iti elok ditangguhkan. Anak anak yang cerdik dan pandai akan `tertawa sinis'.

    ReplyDelete